Journal Entry
Al-A‘la
Ayat 1
سَبِّحِ ٱسْمَ رَبِّكَ ٱلْأَعْلَى
Last updated • 6 Aug 2026
Tafsir / Terjemahan

'Sucikan nama Tuhanmu (Pencipta) Yang Maha Tinggi'

Tadabbur & Penerangan

Maksud Tasbih (التسبيح)

Tasbih bermaksud:

  • Mensucikan Allah.
  • Mengagungkan Allah.
  • Mengiktiraf kesempurnaan Allah.

Mengapa perlu menyucikan Allah?

Kerana:

  • Allah yang mencipta kita.
  • Allah yang mengurus seluruh alam.
  • Allah sahaja yang layak disembah.
  • Tiada makhluk lain mempunyai sifat-sifat tersebut.

Apa maksud mensucikan Allah dan cara?

Meyakini bahawa Allah bersih daripada segala kekurangan seperti:

  • Kelemahan
  • Kejahatan
  • Keaiban
  • Kekurangan

Apa sahaja sifat negatif tidak layak disandarkan kepada Allah.

Maksud perkataan "Sabbih"

Menurut nota ini:

  • "Sabbih" memberi gambaran seseorang semakin bergerak semakin dekat kepada Allah melalui tasbih dan ketaatan.

Tasbih bukan sekadar lafaz

Mengucapkan tasbih bukan sekadar menyebut:

"Subhanallah"

Tetapi benar-benar meyakini kesempurnaan Allah.

Hasil menyucikan Allah

Apabila seseorang benar-benar menyucikan Allah:

  • Lebih mudah mentaati Allah.
  • Lebih mudah mengikuti perintah Allah.
  • Hati menjadi semakin dekat dengan Allah.
  • Merupakan puncah ketaatan kepada Allah
Ayat Al-Quran Berkaitan

Surah Al-Qalam ayat 28: ada menyebut juga perkataan tasbih

  • "Berkatalah orang yang paling bijak antara mereka: 'Bukankah aku telah berkata kepada kamu, mengapa kamu tidak bertasbih kepada Allah?'

Dalam kedua-dua ayat, Allah menggunakan perkataan tasbih.

Tetapi tasbih di sini bukan sekadar menyebut:

"Subhanallah"

Tasbih bermaksud mengakui bahawa Allah Maha Suci daripada segala kekurangan, Maha Berkuasa, dan segala urusan berada di bawah kehendak-Nya.

Lain-lain

Kelebihan Surah Al-A'la

  • Nabi selalu membaca Surah Al-A'la & Al-Ghasyiah ketika solat hari raya & solat Jumaat.
  • Nabi selalu baca solat Witir:

Rakaat 1 – Al-A'la

Rakaat 2 – Al-Kafirun

Rakaat 3 – Al-Ikhlas

Sambungan dari surah sebelum (At-Tariq) → beri penangguhan kepada orang kafir, sementara waktu. Orang Islam perlu buat apa yg disarankan dalam Surah Al-A'la iaitu sucikan Allah.

Amalan

Zikir ketika sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى

Subhana Rabbiyal A'la

Maksud:

"Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi."

Ketika sujud, seorang hamba berada pada kedudukan paling rendah, namun pada saat itulah dia memuji Tuhan Yang Maha Tinggi. Ini menunjukkan kemuncak sifat kehambaan dan pengagungan kepada Allah.

Kata Kunci
Sucikan