Journal Entry
Al-A‘la
Ayat 13
ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ
Last updated • 6 Aug 2026
Tafsir / Terjemahan

Selanjutnya dia di sana tidak mati dan tidak pula hidup.

Tadabbur & Penerangan
  • Di akhirat, hidup — tidak boleh berehat dan penuh azab.
Ayat Al-Quran Berkaitan

Surah Fatir, ayat 36:

“Dan orang-orang kafir, bagi mereka neraka Jahanam. Mereka tidak dihukum mati sehingga mereka boleh mati, dan tidak diringankan daripada mereka azab.”

Surah An-Naba’, ayat 30 (dalil azab ditambah):

“Maka rasalah kepanasan api ini; Kami tidak akan menambah kepada kamu kecuali azab.”

Refleksi Peribadi

Catatan peribadi saya selepas mempelajari ayat ini. Bukan petikan daripada sumber rujukan.

Ayat inilah yang paling memberi kesan dalam hati saya apabila Allah menggambarkan bahawa penghuni neraka tidak hidup dan tidak pula mati.

Adakah ada azab yang lebih berat daripada keadaan ini? Mereka menanggung seksaan, namun tidak juga mati. Mereka juga tidak benar-benar hidup, kerana segala nikmat telah hilang. Apalah ertinya kehidupan jika langsung tiada ketenangan dan kenikmatan?

Saya sering mengulang-ulang ayat ini dalam fikiran agar diri sentiasa sedar, insaf dan tidak lalai daripada mengingati Allah.

Kata Kunci
Azab