Journal Entry
Al-A‘la
Ayat 16
بَلْ تُؤْثِرُونَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا
Last updated • 6 Aug 2026
Tafsir / Terjemahan

Bahkan kamu mengutamakan kehidupan dunia.

Tadabbur & Penerangan
  • Dunia → rendah, hina.
  • Tiada benda yang mulia.

“Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami hasanah di dunia.”

(Kebaikan di dunia yang dapat dibawa ke akhirat.)

Hadith
  1. “Demi Allah, seandainya kambing itu hidup, ia pun cacat. Apalagi sekarang sudah mati.” Maka Rasulullah ﷺ bersabda, “Demi Allah, dunia itu lebih hina bagi Allah daripada pendapat kalian tentang anak kambing ini.” (HR. Muslim, no. 2957).
  2. Rasulullah ﷺ bersabda, “Andaikan dunia itu senilai dengan sayap nyamuk di sisi Allah, maka Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk air dari dunia.” (HR. Tirmidzi).
  3. Aku mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Tempat seluas cemeti di dalam syurga lebih baik daripada dunia dan segala yang ada padanya (Sahih Bukhari • Imam Bukhari No. 5936)
Refleksi Peribadi

Catatan peribadi saya selepas mempelajari ayat ini. Bukan petikan daripada sumber rujukan.

Dunia ini tidak mempunyai nilai yang kekal. Sia-sialah orang yang mengutamakan dunia sepanjang hidupnya sehingga mengabaikan akhirat, lalu akhirnya menjadi orang yang rugi. Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadis yang mengingatkan kita tentang rendahnya nilai dunia berbanding kehidupan akhirat. Oleh itu, dunia seharusnya dijadikan tempat untuk mengumpulkan bekalan, bukan sebagai tujuan utama kehidupan.