Journal Entry
Al-A‘la
Ayat 9
فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكْرَىٰ
Tafsir / Terjemahan
Maka berilah peringatan sekiranya memberi manfaat (peringatan itu).
Tadabbur & Penerangan
- Beri peringatan kepada umum → semua peringkat umur.
- Sampaikan Al-Quran kepada semua.
- Jika tak tahu boleh beri manfaat atau tidak → maka sampaikan sahaja.
- Wajib sampaikan jika tahu ianya memberi manfaat.
- Manfaat boleh jadi kepada penyampai juga kerana mendapat pahala.
Ayat Al-Quran Berkaitan
Surah Qaf, ayat 45:
.....Maka, berilah peringatan dengan Al-Qur’an kepada siapa pun yang takut pada ancaman-Ku
Refleksi Peribadi
Catatan peribadi saya selepas mempelajari ayat ini. Bukan petikan daripada sumber rujukan.
Peringatan apa yang Allah nak kita sampaikan? Tentulah ayat2 Al-Quran yang perlu kita share kepada semua, mulakan dengan ahli keluarga dan kawan-kawan rapat
Kata Kunci
Peringatan