Journal Entry
Al-Ghashiyah
Ayat 17
أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ
Last updated • 9 Aug 2026
Tafsir / Terjemahan

Kenapakah mereka tidak memerhatikan unta, bagaimana ia diciptakan?

Tadabbur & Penerangan

إِبِلٌ — unta secara umum.

نَاقَةٌ — unta betina.

جَمَلٌ — unta jantan.

جَمَالٌ — kecantikan.

“Bagaimana” → perlu melihat dan berfikir tentang cara Allah menciptakan unta.

  • Soalan hakiki → untuk mendapatkan jawapan.
  • Soalan majazi → untuk mencela, menyindir atau menegur.

Allah mahu mencela atau menyindir orang Mekah yang tidak berfikir mengenai ciptaan Allah.

Allah menciptakan unta dengan keistimewaan berikut:

  • Mampu mengangkat barang yang berat.
  • Mampu berjalan jauh.
  • Mampu berjalan di padang pasir — seperti “kapal padang pasir”.
  • Bulu matanya dapat melindungi mata daripada pasir.
  • Dagingnya boleh dimakan.
  • Susunya boleh diminum.
  • Kulitnya boleh dimanfaatkan.

Apabila tidak memikirkan kebesaran Allah, kita mudah menjadi ingkar.

Kata Kunci
Unta