Journal Entry
Al-Ghashiyah
Ayat 5
تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍۢ
Last updated • 9 Aug 2026
Tafsir / Terjemahan

Ia diberi minum dari mata air yg sangat panas.

Tadabbur & Penerangan

Ahli neraka hanya minum apabila hanya betul-betul haus.

Ayat Al-Quran Berkaitan

Surah Al-Kahfi: 29 (terangkan mengenai minuman ahli neraka)

"....dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang..”

Surah Muhammad: 15 (terangkan mengenai apa jadi selepas minum)

“ (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!"

Kata Kunci
Air panas