Journal Entry
Al-Kawthar
Ayat 2
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ
Last updated • 31 Aug 2026
Tafsir / Terjemahan

Maka solatlah kerana pemilik/pentadbir/pencipta, semata-mata dan berkorbanlah.

Tadabbur & Penerangan

Solat:

  • Solat adalah cara untuk bersyukur
  • Hadis Nabi mengenai solat menunjukan kita hamba yang bersyukur (rujuk bahagian hadis di bawah)
  • solat dengan ikhlas, semata² kerana Allah.

Korban:

  • kalau kamu nak kebaikan yg banyak, berkorbanlah yg terbaik.
  • nabi berkorban 100 ekor unta

Apakah kaitan solat dengan korban?

  • kaitan solat dengan korban → syukur boleh dilakukan melalui dua amalan iaitu:
  1. Ihsan beribadat kepada Allah - apabila solat seolah- olah kita melihat Allah di depan kita dan yakin bahawa Allah sedang melihat kita
  2. Ihsan kepada hamba-hamba - dengan melakukan korban dan memberi manfaat kepda orang lain
  • Apabila solat haruslah sampai ada impact untuk kebaikan orang lain juga.
Ayat Al-Quran Berkaitan

Surah Al-Mudassir : 43 (jawapan ahli neraka, mereka masuk neraka kerana tidak solat)

“Dahulu kami tidak termasuk orang² yg mengerjakan solat & tidak memberi makan orang miskin”

Surah Al-Lail : 17-18 (cara untuk bersihkan hati dari sikap tamak, haloba, cinta dunia dengan bersedekah)

“Dan sebaliknya akan dijauhkan azab neraka daripada orang yg bertaqwa. Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya”

Hadith

Hadis Nabi mengenai menjadi hamba yang bersyukur:

أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا

“Tidakkah aku patut menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?”

Nabi ﷺ menunaikan solat malam sehingga kedua-dua kakinya bengkak. Apabila ditanya mengapa Baginda beribadah sedemikian sedangkan dosa Baginda telah diampunkan, Baginda menjawab dengan kata-kata tersebut.

(Sahih al-Bukhari, hadis 1130; Sahih Muslim, hadis 2819)