Journal Entry
Al-Lail
Ayat 18
ٱلَّذِى يُؤْتِى مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ
Tafsir / Terjemahan
Iaitu orang yang sentiasa memberi hartanya untuk bersih
Tadabbur & Penerangan
يُؤْتِي - memberi
- Ayat ini sebenarnya Allah merujuk kepada Saidina Abu Bakar, yang memberi seluruh hartanya yang bernilai
- Bila memberi, hendaklah memberi benda yg kita paling sayang dan terbaik
- Allah tak sebut beri apa, tapi Allah nak beritahu, kita boleh beri apa sahaja, yang paling berharga ialah ilmu, harta dan tenaga
- Abu Bakar beri brg yg paling sukar orang beri iaitu harta
- Orang yang solat, pergi umrah, pergi haji → tapi kedekut
Bersih
- Allah tidak sebut bersih apa tapi ia merujuk kepada bersih hati
- Tujuan beri harta jangan untuk riak atau dapat pulangan (rujuk Surah At Taubah:103)
Ayat Al-Quran Berkaitan
Surah At-Taubah : 103 (bersedekah untuk membersih hari)
“Ambillah dari harta mereka sebagai sedekah (zakat) supaya membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan hati dari akhlak yg buruk, dan doalah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu (solat) menjadi ketenangan kepada mereka..........”
Kata Kunci
Memberi Bersih
Rujukan Video