Journal Entry
Al-Lail
Ayat 21
وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ
Last updated • 31 Aug 2026
Tafsir / Terjemahan

Dan kelak dia (Allah) akan Redha

Tadabbur & Penerangan
  • Jangan tukar redha Allah, dengan redha manusia.
  • Sedekah senyap² tidak perlu beritahu orang lain.
Ayat Al-Quran Berkaitan

Al-Baqarah : 262

“Orang yg membelanjakan hartanya pada jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yg mereka belanjakan dengan perkataan membangkit-bangkit, dan tidak pula menyinggung atau menyakiti mereka beroleh pahala, dan tidak ada kebimbangan, tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Al-Baqarah : 264 (beri sedekah tapi membangkit dan menyakiti, tidak dapat apa2 balasan kelak)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir”

Pengajaran:

  • Jangan bangkit apa yg kita dah sedekah, kerana pahala itu akan terbatal.
  • Orang yg infaq kerana riak, tidak akan mendapat apa2 pahala.
Kata Kunci
Redha