Journal Entry
Al-Lail
Ayat 9
وَكَذَّبَ بِٱلْحُسْنَىٰ
Tafsir / Terjemahan
Dan dia mendustakan dengan janji yang baik.
Tadabbur & Penerangan
- dia tidak percaya hari akhirat → membawa kpd kufur → jadi bakhil
- kedekut membawa kufur → kufur → mengingkari hari akhirat
- mengenai penyakit bakhil (rujuk Surah Muhammad : 38)
- bila kita kedekut, sebenarnya kita kedekut pada diri sendiri kerana apa yg kita beri tu sebenarnya baru menjadi hak kita.
Ayat Al-Quran Berkaitan
Surah Muhammad : 38 (penyakit bakhil)
“..... pada sesiapa yg bakhil, maka sesungguhnya ia berlaku bakhil kepada dirinya sendiri...”
Hadith
Kisah Nabi:
- Ada seorang sahabat menginfaq daging kambing kepada Nabi. Nabi beritahu Aisyah untuk beri kepada orang. Setelah Aisyah beri, Nabi bertanya jika dia sudah beri semua daging itu. Aisyah jawab, dia dah beri semua kecuali satu bahagian bahu. Rasul jawab “sebenarnya yg kamu simpan semua, kecuali yg 1 bahu belum kita simpan.” Maksudnya Nabi beritahu apa yg kita beri itulah yg dah jadi kita punya, yg belum beri itu bukan kita punya.”
Kata Kunci
Dusta Bakhil
Rujukan Video