Journal Entry
An-Nasr
Ayat 1
إِذَا جَآءَ نَصْرُ ٱللَّهِ وَٱلْفَتْحُ
Tafsir / Terjemahan
Apabila telah datang pertolongan Allah dan pembukaan/kemenangan (berjaya menguasai Mekah)
Tadabbur & Penerangan
Konteks surah ini:
- boleh cerita keburukan org yang Allah cerita dalam Quran sahaja.
- Surah ini turun semasa Nabi melakukan haji
- Nabi hidup sehingga 80 hari selepas turun ayat ini dan kemudian wafat
- pembukaan kota mekah - 8 Hijrah (pengkhianatan perjanjian Hudaibiyah)
- Nabi wafat pada - 10 Hijrah
- peperangan Hunain - 8 Hijrah
Penerangan ayat ini:
- kalau kita nak kemenangan → bergantung kepada Allah.
- rombongan² dari negara lain datang mengucapkan tahniah kepada Nabi (iktiraf negara Islam)
- Nabi berdakwah di Mekah 13 tahun (sahabat dibunuh, nabi diseksa, diugut bunuh)
- berhijrah ke Madinah → ke Mekah semula 8 tahun
- 21 tahun menderita - sehinggalah datang pertolongan Allah
- Didalam ayat lain mengenai sebelum sampai pertolongan Allah, kita akan diuji dulu dengan pelbagai ujian (harta, fizikal, perasaan takut) dan ayat ini menegur kita untuk mendapat syurga ada syaratnya iaitu lulus ujian dari Allah) rujuk Surah Al-Baqarah:214
- kita takkan dapat ujian yg Nabi dapat kalau kita tak buat apa yg Nabi buat.
Ayat Al-Quran Berkaitan
Surah Al-Baqarah : 214 (ayat lain mengenai pertolongan Allah)
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan belum sampai kepada kamu (ujian&cubaan) yg berlaku kepada org terdahulu dari kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda), serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman musuh), sehingga berkatalah Rasul & orang² beriman yg ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah: Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu sabar & pegang teguh pada Allah)”
Kata Kunci
Pertolongan
Rujukan Video