Journal Entry
An-Nasr
Ayat 3
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابًۢا
Tafsir / Terjemahan
Sucikanlah dengan memujinya pencipta dan mohonlah keampunannya, sesungguhnya dia adalah maha penerima taubat
Tadabbur & Penerangan
Sucikan:
- Ucapan di bibir sahaja (jika hanya sebut Subhanallah tetapi tidak solat. menunjukkan dia tidak taat kepada Allah)
- sucikan dari segala sifat kelemahan/kekurangan
Sucikan Allah dengan menyebut:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ
Taubat:
تَوَّابًا → Maha Penerima taubat
- Allah perintahkan Rasul untuk memohon ampun kepada Allah
- ramai orang berdosa - Allah ampunkan ramai dan Allah ampunkan banyak dosa
Ayat Al-Quran Berkaitan
Kisah Sahabat:
- Ada satu hadis ada seorang budak di bawa ke majlis iaitu Abdullah bin Abbas, saidina Umar selalu bawa Abdullah, masa tu 10 tahun (masa baru lahir, Nabi doa kepadanya Ya Allah, ajarkan kepadanya ilmu tafsir & kefahaman Quran)
- Umar tanya Ibnu Abbas pandangannya mengenai ayat terakhir ini, sebenarnya Allah nak bagi isyarat ajal nabi dah dekat, kerana Islam dah sempurna. Apabila menghadapi kematian, keampunan Allah adalah yang paling bernilai. Tiada orang masuk syurga kerana amalan tetapi keampunan & rahmat Allah. Untuk mendapat rahmat, sentiasa istighfar.
Pengajaran:
- kehebatan seseorang dgn 2 benda kecil (lidah & hati), jgn pandang rendah pada budak kecil.
- Sejak turun ayat ini kata Aisyah, Nabi banyak berzikir ini, terutama dalam rukuk & sujud.
- Nabi benyak mengamalkan zikir berikut ketika dalam rukuk dan sujudnya ketika solat:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
“Maha Suci Allah dengan memuji engkau, Ya Allah ampunilah dosaku”
Hadis sahih al-Bukhari (817) dan Muslim (484)
Lain-lain
Pengajaran
- Tugas Nabi, membawa risalah Allah
- Syarat untuk dapat kemenangan mesti diuji oleh Allah, ujian pertama: kefakiran, kedua: kesakitan, ketiga: emosi.
- Mereka yg memeluk Islam ketika ketika tiada orang lain peluk Islam, ganjaran lebih besar.
- Apabila dekat dengan kematian, banyakkan istigfar
- Kehebatan manusia ialah bila hidupnya dihabiskan untuk menegakkan agama Allah.
- Kecerdikan manusia bukan pada umurnya
Kata Kunci
Sucikan Keampunan Taubat
Rujukan Video