Lalu mereka mendustakannya, lalu mereka menyembelihnya, lalu Allah menghancurkan mereka kerana dosanya, lalu dirata-Nya (dengan tanah)
Ayat ini mengenai pada masa itu Allah binasakan mereka tetapi yang menyembelih unta seorang dan Allah binasakan semua yang tak beriman.
Kenapa Allah hukum semua?
Kerana semua tidak melarang, tidak mencegah, bersekongkol. (rujuk Surah Al-Anfal : 25)
Pengajaran → apabila maksiat kita kena halang dan cegah kerana Allah akan timpa bencana kepada yg tidak mencegah
Kisah Bani Israel yg melanggar perintah tangkap ikan ada 3 golongan Allah timpa Musibah
- golongan yg menangkap ikan
- golongan yg mencegah/melarang ← Allah selamatkan
- golongan yg tidak tangkap ikan & tidak melarang
Surah Al-Anfal : 25 (musibah akan datang kepada semua dan tidak khusus hanya kepada pelaku)
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً
“Takutlah kepada satu fitnah/musibah yg tidak akan menimpa orang zalim secara khusus”