Journal Entry
Al-Fatihah
Ayat 3
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Last updated • 23 Aug 2026
Tafsir / Terjemahan

Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tadabbur & Penerangan

Allah akan menjawab "Hambaku telah mengagungkanku" setiap kali kita membaca ayat ini.

  • Rahman & Rahim → Rahmat
  • Rahmat Allah mengatasi kemurkaan

ٱلرَّحْمَـٰنِ

  • umpama seperti kasih seorang ayah, yg sanggup memasukkan anak di penjara supaya anak belajar di atas kesilapan.

ٱلرَّحِيمِ

  • umpama sepert kasih sayang seperti seorang ibu tidak sanggup melihat anak dipenjara sanggup merayu utk dilepaskan.

Makna rahmat dan tanda² kita mendapat rahmat:

  • Jika mendapat rahmat Allah akan menghalang kita daripada maksiat atau dan buat dosa. (Surah Al Kahfi)
  • Apabila mendapat rahmat Allah, hati kita akan menjadi lembut dan perlakuan tidak kasar terhadap sesama manusia

Cara mendapat rahmat Allah:

  • Mendapat rahmat dalah melalui Al-Quran (rujuk Surah Al Isra ayat 82 di bahagian bawah)
  • Nak cari rahmat Allah → dalam Al-Quran iaitu dengan tadabbur Al-Quran
  • Baca, diam, dengar dan fahamkan Al-Quran untuk beroleh rahmat (rujuk Surah Al-araf ayat 204 di bahagian bawah)

Jika tiada Rahmat Allah, kita mendapat Laknat Allah dan semakin jauh pada Allah

ذِكْرُ اللهِ

  • zikir tenangkan hati, bila lepas zikir, hati terasa tenang
  • zikir paling besar “mentaati Allah”
Ayat Al-Quran Berkaitan

Ali Imron :159 (ayat berkaitan rahmat)

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu......"

Tadabbur untuk ayat ini:

  • Nabi seorg yg lembut hati tak pernah berkasar, sebab itu diri disukai manusia lain
  • Jika tegur kemungkaran, jika tegur membawa perkara lebih teruk, lebih baik jangan tegur

Al Isra:182 (cara mendapat rahmat adalah melalui Al-Quran)

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."

Al Araf:204 (Alquran sebagai rahmat)

"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat."

Al-Jinn:1 (golongan jin yang mendengar Al Quran)

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!"

Tadabbur untuk ayat ini:

  • menunjukkan jin yang mendengar bacaan quran dan mendapat rahmat dari Allah
Kata Kunci
Pemurah Penyayang