Journal Entry
Al-Fatihah
Ayat 4
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ
Last updated • 23 Aug 2026
Tafsir / Terjemahan

Yang menguasai Hari Pembalasan

Tadabbur & Penerangan

Allah akan menjawab "Hambaku memujaku" setiap kali kita membaca ayat ini.

  • Ayat 2-4, semua Allah memberitahu perihal diriNya
  • ada hadis menyatakan setiap ayat yang kita baca dalam surah Al fatihah di jawap oleh Allah, dan terbahagi kepada dua ' Separuh untuk aku dan separuh untuk hambaku. Dan hambaku mendapat apa yang dia mohonkan'

مَلِكِ - Raja

مَالِكِ - Yang memiliki

  • boleh baca dua² cara kerana Nabi Muhammad baca dua² cara ini
  • Malik bermaksud Raja dan juga Yang memiliki ( maknanya Allah ialah Raja dan juga memiliki segala-galanya)
  • contoh Raja manusia di dunia, dia hanyalah Raja tapi dia bukan pemilik mutlak negara, masih terikat dengan undang2
  • manusia boleh memiliki benda (rumah, kereta, tanah) tetapi kita tak boleh memiliki masa
  • Hanya Allah boleh memiliki masa (Hari Kiamat, Hari Pembalasan)

الدِّينِ

  • agama
  • Hari Pembalasan
  • secara logiknya Allah menguasai dunia dan hari Pembalasan
  • setiap amalan yang kita kerjakan di dunia akan mendapat pembalasan

أَحْسَنُ عَمَلًا - “yang paling baik amalannya”

  • paling ikhlas kerana Allah
  • paling mengikut Sunnah Nabi (rujuk bahagian hadith di bawah ada satu cerita dimana sahabat nabi disuruh solat berkali2, setiap kali dia solat, Nabi bagitau, dia belum solat, kesimpulannya jika solat tidak mengikut cara seperti Nabi tidak akan diterima)
Hadith

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa pada suatu ketika Rasulullah SAW telah masuk ke dalam masjid lalu masuk seorang lelaki dan lantas melakukan solat dengan tergesa-gesa tanpa tamakninah. Selepas solat lelaki itu memberi salam kepada Nabi SAW lalu Nabi SAW membalas salamnya dan menyuruhnya kembali solat kerana sebenarnya dia tidak solat. Perkara yang sama berulang sehingga tiga kali.

Lalu lelaki itu berkata; Demi tuhan (Allah) yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, aku tidak tahu solat yang lebih baik melainkan apa yang engkau lihat dariku. Maka ajarkanlah aku; Rasulullah SAW bersabda;

Maksudya: Apabila kamu bangun untuk solat maka bertakbirlah, kemudian bacalah apa yang mudah untuk kamu dari ayat al-Quran, kemudian rukuklah sehingga tamakninah, kemudian bangunlah iktidal, kemudian sujudlah sehingga tamakninah kemudian bangunlah darinya (duduk antara dua sujud) berserta tamakninah dan buatlah begitu dalam solat keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari)

Refleksi Peribadi

Catatan peribadi saya selepas mempelajari ayat ini. Bukan petikan daripada sumber rujukan.

  • Pada hari Kiamat hanya Allah sahaja yang berkuasa, walaupun Nabi Muhammad boleh memberi syafaat, tapi hanya dengan izin Allah
  • Kita masuk syurga perlukan rahmat Allah, bukan dengan pahala atau ibadat (contoh ahli sihir yang tewas dengan Nabi Musa akhirnya masuk islam dan terus dibunuh Firaun, dia tidak pernah buat amalan dah ibadat, tapi masuk syurga dengan rahmat Allah)
  • amal ibadah yang kita buat hanyalah untuk mendapat Rahmat Allah
Kata Kunci
Raja Hari Pembalasan