Journal Entry
Al-Fatihah
Ayat 5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Last updated • 23 Aug 2026
Tafsir / Terjemahan

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya engkaulah kami memohon pertolongan

Tadabbur & Penerangan

Allah akan menjawab "Inilah perjanjian antaraku dan hambaku" setiap kali kita membaca ayat ini.

Sembah - Ibadah

  • Setelah kita kenal Allah dalam ayat 1-3, ayat ini menyuruh kita beribadat kepadanya, maksudnya kita hendaklah kenal Allah (berilmu) sebelum beribadat supaya ibadat tidak menjadi sia2
  • Allah ciptakan manusia dan jin hanya untuk beribadat kepada Allah (rujuk surah Al Zariyat 56)
  • ibadat bermaksud buat apa yang Allah suka dan tinggalkan apa yang dilarang

Pertolongan

  • minta tolong hanya pada Allah
  • minta tolong Allah supaya ibadah menjadi
  • minta tolong Allah untuk memperelokkan (ibadah), doanya 'اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ'maksudnya 'Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir mengingatimu dan mensyukuri segala nikmatmu serta beribadah kepadamu dengan baik' (Zikir Muaz b Jabal r.a)
  • Cara beribadat dengan sempurna, hendaklah sabar (rujuk Surah Al-Baqarah:45)

Kita minta pertolongan (berdoa) hanya kepada Allah. Allah tidak perlukan perantara, manusia terus berdoa kepada Allah tidak disebutkan apa pertolongan yang kita perlukan kerana:

a. Allah Maha mengetahui apa yang kita perlukan

b. Terlalu banyak pertolongan yang manusia perlukan dari Allah

c. Pertolongan di kala keadaan yang sangat memerlukan sehingga tak sempat diucapkan ' Contoh seperti kita hamper terjatuh gaung, hanya sempat ucap 'Tolong'

Ayat Al-Quran Berkaitan

Adz-Dzaariyaat: 56-58 (mengenai penciptaan manusia dan jin hanya untuk beribadat kepada Allah)

"Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka, dan aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepadaku. Sesungguhnya Allah, diala pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan yg sangat kukuh."

Tadabbur ayat ini:

  • sepatutnya seluruh masa kita patut dihabiskan dengan beribadat kepada Allah ( ibadat bukan merangkumi solat, puasa, zakat sahaja, tetapi apa2 perbuatan yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang dan apa2 perbuatan yang disukai Allah, contoh belajar, bekerja, membantu orang, memberi salam sesama muslim, tidak bercakap bohong, menutup aurat, tidak mengumpat)
  • manusia banyak tinggalkan ibadah yang Allah suruh seperti solat, kerana terlalu sibuk mencari rezeki dan urusan dunia
  • tetapi dalam ayat ini 'Allah yang pemberi rezeki, jadi kenapa kita lupakan Allah?' , kita ingat rezeki datang kerana usaha kita semata2.
  • punca rezeki ialah dengan beribadat kepada Allah

Al Talaq ayat 2-3 ( Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan bagi jalan keluar kepada masalah, dan memberi rezeki dari jalan yang tak sangka)

".....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),"

Al-Baqarah:45 (minta pertolongan Allah untuk sabar dan solat)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"

Al Insan:12 (mengenai sabar dalam beribadat)

Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.

Hadith

Allah SWT berfirman: "Keluarkanlah utusan (ahli) neraka!" Nabi Adam bertanya: "Berapakah jumlahnya?" Allah berfirman: "Dari setiap 1000 orang, 999 ke neraka dan 1 sahaja ke syurga."

Lain-lain

Rukun Ibadah dalam Surah Al-Fatihah

Ibadah kepada Allah dibina atas tiga rukun hati, iaitu mahabbah (cinta), raja’ (harap) dan khauf (takut). Ketiga-tiga rukun ini dapat dilihat melalui susunan ayat dalam Surah Al-Fatihah.

1.Mahabbah (Cinta) - الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

  • Mengenali Allah sebagai Rabb, Tuhan yang mencipta, memiliki dan mentadbir seluruh alam, melahirkan rasa cinta kepada-Nya.

2.Raja’ (Harap) - الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

  • Mengenali Allah sebagai Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang membuatkan kita sentiasa berharap kepada rahmat dan keampunan-Nya.

3.Khauf (Takut)

  • مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
  • Mengetahui bahawa Allah menguasai Hari Pembalasan menimbulkan rasa takut untuk melakukan dosa dan melanggar larangan-Nya.

Apabila cinta, harapan dan ketakutan kepada Allah hadir dalam hati, ketiga-tiganya membawa kita kepada tujuan sebenar:

إِيَّاكَ نَعْبُدُ -“Hanya kepada-Mu kami beribadah.”

Oleh itu, ibadah yang sempurna dilakukan dengan mencintai Allah, mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan pembalasan-Nya.

Refleksi Peribadi

Catatan peribadi saya selepas mempelajari ayat ini. Bukan petikan daripada sumber rujukan.

Kesimpulan:

  • Ada dua pecahan ayat, 'Sembah' dan "Pertolongan' hanya kepada Allah
  • Dua ayat ini memberi kesan kepada roh kita:

a. Sembah - membuang sifat riya, ibadat hanya untuk Allah bukan kerana manusia lain melihat ibadat kita. Ikhlaskan diri beribadat kepada Allah

b. Pertolongan - membuang sifat besar diri, kerana kedudukan kita amat rendah, selalu kena berdoa minta pertolongan Allah

Kata Kunci
Sembah Pertolongan Ibadat Sabar