Journal Entry
Al-Fatihah
Ayat 6
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Last updated • 23 Aug 2026
Tafsir / Terjemahan

Tunjukkan kami jalan yang lurus

Tadabbur & Penerangan

Allah akan menjawab "Inilah perjanjian antaraKu & hambaKu" setiap kali kita membaca ayat ini.

Jalan yang lurus:

  • Ayat ini ialah doa supaya Allah sentiasa memberi kita hidayah/petunjuk supaya kita sentiasa hanya menyembah Allah dan beribadat kepadanya(inilah jalan yang lurus)
  • Doa supaya Allah tunjukkan jalan yg betul dalam beribadat.

Hidayah ada 2:

  • ilmu - daripada Al- Quran dan Sunnah (Dalil Al-Quran ialah hidayah -Surah Al-Baqarah ayat 2 'Kitab ini (Al-Quran) tiada keraguan dan petunjuk untuk orang yang bertaqwa)
  • amal (taufiq) - ilmu yang kita dapat dari Quran dan sunnah, supaya Allah menggerakkan hati untuk kita mengamalkannya

Kita berdoa diberi hidayah 17 kali dalam solat, betapa pentingnya dan kita sangat2 memerlukan hidayah dari Allah yang merangkumi:

  • hidayah supaya kita menjadi orang islam dan kekal hingga ke akhir hayat
  • hidayah supaya kita tahu cara untuk menyembah Allah dan beribadat kepadaNya
  • hidayah supaya kita mengamalkan ilmu yang kita dapat (contoh kita tau kena solat, tapi kita tak solat. Kita tau kene tutup aurat, tapi tak tutup dgn sempurna)
  • hidayah supaya ibadah yg dilakukan adalah dgn cara yang betul dan terbaik (tidak melakukan perkara yg bidaah)
  • hidayah supaya kita sentiasa istiqamah,dan terus beramal dengan ilmu yang kita dapat
  • hidayah supaya Allah menjauhkan kita dari perkara2 yg menghalang daripada kita melakukan ibadat ( orang selalu bagi alasan sibuk kerja, sibuk uruskan anak, tak sempat solat, tak sempat baca Quran, tak sempat tadabbur)
  • Solat kena dengan cara yang betul (rujuk bahagian hadis mengenai pencuri dalam solat.
  • Jangan mereka-reka ibadah dan dalam solat
Ayat Al-Quran Berkaitan

Al Baqarah:128 ( doa Nabi Ibrahim supaya Allah tunjuk cara beribadat yang betul)

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Hadith

Daripada Abu Qatadah RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri dalam solatnya." Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang itu mencuri daripada solatnya?” Baginda bersabda: “Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya (atau tidak menegakkan tulang belakangnya ketika rukuk dan sujud).” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Refleksi Peribadi

Catatan peribadi saya selepas mempelajari ayat ini. Bukan petikan daripada sumber rujukan.

Kesimpulan:

  • Hidayah itu milik Allah, dia akan beri kepada sesiapa yg dia kehendaki, sebab itu sangat penting kita berdoa diberi hidayah dan ia diulang2 dibaca dalam solat 17 kali (solat fardu)
  • Setiap doa harus di iringi dengan usaha, dalam Al Quran ada menyatakan orang2 yg diberi hidayah, maka kita perlu ikut apa yang perlu dilakukan untuk mendapat hidayah
  • Matlamat dan destinasi jalan yang lurus itu supaya kita berjaya (berjaya dari pandangan islam, bukan kerjaya hebat, bukan duit banyak, bukan rumah besar, bukan dapat kuasa di dunia, bukan anak2 yang berpangkat hebat tapi berjaya menyelamatkan diri dari neraka dan mendapat ganjaran syurga yang kekal selama- lamanya)
Kata Kunci
Jalan lurus