(iaitu) jalan orang-orang yg engkau berikan itu nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yg dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yg sesat
Allah akan menjawab "Inilah perjanjian antaraKu & hambaKu" setiap kali kita membaca ayat ini.
Ada 3 golongan dalam ayat ini:
- Golongan yang Allah beri nikmat (orang yang berilmu dan beramal)
- Golongan yang Allah murka (orang yang berilmu tapi tidak beramal)
- Golongan yang sesat (orang yang tidak berilmu dan tidak beramal)
Golongan yang Allah beri nikmat
Siapa orang2 terdahulu yang Allah beri nikmat supaya kita boleh ikut (Surah An Nisa ayat 69 ada cerita golongan ini) iaitu
- Para nabi
- orang siddiqiin ( orang yang membenarkan kebenaran setelah mendengarnya)
- para syuhadah (orang yang mati syahid- org yg sanggup berkorban nyawanya kerana percaya janji Allah)
- orang soleh (orang yang taat kepada Allah contoh terbaik sahabat Nabi, kerana Nabi sudah kata mereka ahli syurga)
Apakah nikmat yang golongan ini dapat:
- nikmat agama Islam yg lengkap (tidak ditokok tambah)
- faham agama - satu nikmat yg besar
Golongan yang dimurkai, orang yang tahu kebenaran tetapi menolak kebenaran
- orang Yahudi - umat Nabi Musa - percaya Allah, percaya kitab taurat tetapi tidak menggunakannya
- orang yang berilmu tetapi tidak mengikut ilmu yang dipelajari (orang Islam dan sayang kepada Al Quran, tetapi mengikut ajaran Islam waktu2 dan situasi tertentu sahaja,kesimpulannya sama seperti Yahudi)
- orang musyrikin atau berbuat perkara syirik
Golongan yang sesat, orang yang sengaja menjauhkan diri dari kebenaran
- orang kafir (Nasrani, Kristian dan pengikut ajaran agama lain)
An Nisa: 69 (siapa golongan diberi nikmat)
'Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).'
Catatan peribadi saya selepas mempelajari ayat ini. Bukan petikan daripada sumber rujukan.
Kesimpulan
- kita kena kenal ciri2 orang yang diberi nikmat, dimurkai dan sesat. Supaya kira boleh ikut dan jadikan contoh golongan yg diberi nikmat. Zaman sekarang orang mengidolakan artis, pelakon, selebriti, ahli politik, ini salah dan tiada faedah.
- Kita juga tau ciri2 org sesat dan dimurkai supaya kita menjauhkan diri dari ciri2 tersebut (artis2 barat, korea yang terang2 kafir tidak sepatotnya dijadikan idola kerana mereka ialah orang2 yg sesat)
- untuk menjadi hamba Allah yg sempurna haruslah berusaha mencari ilmu dan beramal supaya termasuk golongan orang yg diberi nikmat