Journal Entry
Al-Ghashiyah
Ayat 20
وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ
Tafsir / Terjemahan
Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan
Tadabbur & Penerangan
- Ada keselesaan untuk hidup di bumi.
- Mudah untuk manusia berjalan dan tinggal.
- Bumi yang rata memudahkan manusia berjalan dan membina tempat tinggal.
Mengapa Allah tidak menyebut laut untuk menunjukkan kebesaran-Nya?
- Kerana konteks ayat ini diturunkan di kawasan Arab yang mempunyai padang pasir.
- Allah menerangkan perkara yang dekat dengan kehidupan mereka pada masa itu supaya mudah difahami; laut pula jauh daripada mereka.
- Allah menyebut unta, langit, gunung dan bumi kerana semua itu mudah dilihat oleh mereka untuk difikirkan.
- Supaya mereka mengenal Tuhan dan meninggalkan penyembahan patung.
- Kita perlu sentiasa berfikir tentang ciptaan Allah.
Kata Kunci
Bumi