Journal Entry
Al-Ghashiyah
Ayat 21
فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌۭ
Last updated • 9 Aug 2026
Tafsir / Terjemahan

Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi peringatan

Tadabbur & Penerangan
  • Allah menyuruh Nabi Muhammad ﷺ memberikan peringatan.
  • Allah juga menyuruh orang yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad ﷺ memberikan peringatan.
  • Selepas kewafatan Nabi, perjuangan memberikan peringatan diteruskan.
  • Peringatan perlu sentiasa diberikan kerana manusia mudah lupa dan perkara yang baik sering bertentangan dengan hawa nafsu.

Allah telah menjelaskan bahawa orang yang benar-benar menerima dan terkesan dengan peringatan ialah orang yang beriman.

  • Kita wajib memberikan peringatan kepada semua — Surah Al-Ghasyiyah, ayat 21.
  • Orang yang mendapat manfaat daripada peringatan ialah orang yang beriman — Surah Az-Zariyat, ayat 55.
  • Peringatan diberikan melalui:
  • Al-Quran — antaranya Surah Qaf.
  • Sunnah.
Ayat Al-Quran Berkaitan

Surah Az-Zariyat, ayat 55:

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman.”

Kata Kunci
Peringatan