Journal Entry
Al-Ghashiyah
Ayat 22
لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ
Tafsir / Terjemahan
Engkau bukanlah orang yang berkuasa atas mereka.
Tadabbur & Penerangan
- Apabila seseorang tidak beriman, jangan kecewa walaupun kita telah menyampaikan ilmu.
- Jangan berputus asa.
- Hidayah bukan di tangan kita.
Ayat Al-Quran Berkaitan
Surah Al-Kahfi, ayat 6: (Nabi ﷺ bersedih kerana mereka tidak mengikuti al-Quran.)
“Maka barangkali engkau (wahai Nabi Muhammad) akan membinasakan dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).”
Dalam ayat 22, Allah memujuk hati Nabi ﷺ dengan menjelaskan bahawa Baginda tidak berkuasa menentukan siapa yang akan beriman dan mendapat hidayah.
Kata Kunci
Berkuasa