Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,
Dalam ayat 6 menerangkan golongan kedua iaitu:
- membenarkan
- percaya atas apa yang Allah sebutkan
لْحُسْنَىٰ. (Al - Husna) membawa maksud
- Syurga (rujuk Surah Yunus:26)
- Al-Quran (rujuk Surah Az-Zumar:23)
- apa-apa yang terbaik
Kenapa Allah sebut memberi dulu, sebab ia melibatkan orang beriman
- percaya janji Allah (dalam Quran), menjadi bertaqwa
- bukti utama orang bertaqwa - suka memberi.
- banyak ayat Allah suka pada yg memberi, Allah cela orang yang suka menyimpan harta (Surah Al Humazah:2)
- memberi itu ialah ujian, sebab itula kita tewas
- di bahagian hujung surah Al-Lail (ayat 17-21), Allah ingin memuji Abu Bakar yang selalu memberi
Apa yang perlu kita beri?
Memberi semua yang boleh membawa kepada kebaikan dan yang paling utama adalah harta dan ilmu
Surah Yunus:26 (Al-Husna ialah syurga)
"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya."
Surah Az-Zumar:23 (Al-Husna ialah Al Quran)
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara)....."
Surah Al-Humazah : 2 (Allah mencela orang yang suka menyimpan harta)
"Orang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;"
Surah Al-Baqarah : 215 (Kepada siapa kita perlu memberi)
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)."
Hadis Nabi:
“Solat itu adalah Nur, sedekah pula jalan bukti”
Riwayat Muslim (223)
Hadis Sahih → kisah mengenai أَبُو الدَّحْدَاح (Abu Dahdah) (contoh memberi dan mendapat ganjaran di syurga)
- anak yatim berjiran dengan orang Ansar
- ada satu pokok di antara rumah mereka, tetapi dia nak buat pagar, dan pokok itu menghalang
- anak yatim tu nak beli pokok atau potong, tetapi orang Ansar tidak beri
- Nabi tawarkan satu biji pokok & nabi ganti dengan satu pokok di syurga, orang Ansar tidak.
- Abu dahdah terdengar dan bertanya kpd Nabi, dia ada 600 pokok kurma di dalam kebun, dia nak beli pokok itu dan bayar dengan 600 pokok.
- orang Ansar setuju jual 1 pokok & dibayar 600 pokok
- Abu dahdah tanya, dia dapat tak satu pokok di syurga, tapi Nabi hnya sampai tak kelip kerana berlipat ganda.
- Dia beritahu keluarga, terpaksa keluar dari rumah yg ada di kebun, cepat keluar, kurma dalam poket semua keluarkan sebab dan berkata ini jual beli yg paling menguntungkan, dapat pokok di syurga.
Penerangan ayat ini berkaitan dengan ayat 5 iaitu orang yang memberi dan bertaqwa