Journal Entry
Al-Lail
Ayat 7
فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْيُسْرَىٰ
Last updated • 31 Aug 2026
Tafsir / Terjemahan

Lalu kami permudahkannya untuk melakukan amal soleh.

Tadabbur & Penerangan
  • Akibat dari suka memberi → Allah permudahkan kita amal soleh
  • jika susah untuk amal soleh → muhasabah diri, adakah kita suka simpan & kedekut
  • beri lebih banyak dari simpan.

Harta kamu ialah:

  • yang kamu makan → habis
  • yang kamu pakai → habis
  • yang kamu beri → baru menjadi harta kita
Hadith

"Neraka itu dikelilingi dengan syahwat (sesuatu yang disukai) dan surga dikelilingi dengan sesuatu yang tidak disukai." [Sahih] - [HR. Bukhari] - [Ṣaḥīḥ Bukhari - 6487]

Contoh seperti tidak suka masjid, tidak suka sedekah, tidak suka baca Quran.

Lain-lain

Pengajaran ayat 1-7

  • Allah bersumpah dengan malam & siang,
  • Secara umumnya Allah nak beritahu usaha manusia pelbagai, tetapi ada 2 usaha/kerja/peranan manusia :
  1. kerja memberi - org yg bertaqwa & berjaya
  2. org yg membenarkan perkara baik atau membenarkan janji Allah → syurga
  • bukti keimanan dalam hati paling jelas → suka memberi
  • apa sahaja bentuk pemberian
  1. beri makan keluarga
  2. anak perempuan keutamaan berbanding anak lelaki
  3. beri ilmu
  • hasil org yg suka memberi di dunia → Allah akan permudahkan amalan yg baik → amal soleh pada zahir mudah tetapi sebenarnya susah
Kata Kunci
Permudah Amal Soleh